Artis
Belum habis dengan kontroversi, pelakon yang sedang meningkat naik ini telah berkongsi video dia memaksa seorang lelaki untuk mencium pipi dan aksi ini telah menarik perhatian ramai peminat. Ada juga komen dari peminat beliau mengatakan sangat malu dengan tindakan Uqasha.
Untuk pengetahuan semua, budak lelaki di dalam video ini adalah adik kepada Uqasha. Kami percaya ianya hanya gurauan adik-beradik semata-mata.
Dalam perkabaran lain, Uqasha Senrose masih dalam pengambaran Drama Bersiri di Slot Akasia TV3 yang bakal Ditayangkan pada 17 Febuary ini. Jangan lupa tonton.
Ini paling best.. Dulu kecik-kecik boleh je siyomm2.. Dah besar malu-malu pula.. Kita paksa dia cium kakak ni
Posted by Uqasha Senrose on Saturday, 13 February 2016
Artis
Bakal mendirikan rumah tangga pada 21 Februari ini, rakan dan juga adik beradik Anzalna Nasir telah mengadakan majlis 'bachelorette' buat Anzalna Nasir bertemakan figura Barbie. Cantik belaka adik beradik Anzalna ni.
Sebelum ini, bakal suami Anzalna, Hanif Zaki menjelaskan bahawa mereka merancang untuk berbulan madu di Maldives atau Pulau Bora Bora di Perancis kerana mahukan suasana ketenangan dan selepas itu, Hanif akan membawa kedua-dua belah pihak keluarga untuk menunaikan umrah.#
Kami kongsikan beberapa keping gambar terbaik disepanjang majlis berlangsung yang cukup meriah dengan telatah adik beradik Anzalna. Enjoice!#
Tips Kesihatan
Salah satu bahagian badan yang mempunyai lemak degil ialah perut.
Bukan mudah untuk kecilkan kembali perut, lebih-lebih lagi jika perut anda tu dah macam perempuan ‘mengandung’.
Jadi, ketahui 6 tabiat buruk yang menjadi punca perut anda besar dan buncit!#
1. Gaya hidup tidak aktif
Jika anda mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif dan hanya duduk bekerja je, ia jadi punca pembentukan lemak pada perut. #Tidak lakukan senaman menyebabkan lemak mendap di pinggang.#
2. Tak cukup tidur
Jika tabiat hidup anda sibuk dengan kerja dan tidak cukup tidur, ia jadi punca pembentukan lemak pada perut. #Tidak cukup tidur buatkan anda ingin makan benda manis dan terjadinya lemak.#
3. Suka sangat minuman bekarbonat
Jika anda penggemar minuman bergas, tak lama lagi perut anda tu akan jadi buncit kerana kandungan gula yang tinggi. Ubah tabiat tersebut sebelum terlambat.#
4. Makan lewat malam
Makanan perlukan masa untuk dihadam. Jika anda makan dan terus tidur, makanan yang tidak sempat dihadam itu akan terkumpul dan terjadinya lemak.#
5. Makan ikut emosi
Jika anda ni jenis makan apabila sedih atau pun gembira, tabiat tersebut akan menyebabkan pengumpulan lemak pada perut. Jadi, kawan emosi supaya anda makan apabila lapar sahaja.#
6. Tidak makan ikut waktu
Siapa cakap makan ikut waktu tu menggemukkan? Jika anda melangkau waktu makan, anda akan rasa lebih lapar dan akan makan secara berlebihan.#
Sumber: Hanasuva
Artis
Congratulations Shaheizy Sam kerana sudah bergelar suami kepada pelakon cantik Syatilla Melvin. Semestinya wedding of the year kerana mendapat tajaan perkahwinan yang bernilai RM25 juta ringgit!
#Jadi menurut Sam, majlis perkahwinannya ditaja #kecuali barang hantaran dan cincin perkahwinan mereka. Jadi apa yang sampai RM25 juta tajaan perkahwinan mereka tu? Jom lihat pecahan tajaan itu.#
1. Barang kemas pengantin perempuan (RM20 juta)
Cincin berlian bertatahkan emas putih yang disarungkan pada jari manis Syatila sahaja bernilai RM128 ribu. Manakala, mahkota bertatahkan emas putih pula bernilai lebih RM8 juta. Ini adalah pecahan terbesar tajaan.
2. Baju kahwin (RM730,000)
Total perbelanjaan untuk baju malam berinai, nikah dan bersanding.
3. Kek kahwin (RM18,000)
Kek 8 tingkat itu dibuat oleh chef Harry Aberhim. Dikatakan setiap tingkat kek itu mempunyai rasa yang berlainan. Yummy.
4.Doorgift tetamu (RM45,000)
Tidak pasti apa yang terdapat dalam doorgift itu tetapi semestinya sesuatu yang memorable dari pasangan itu.
5. Hiasan majlis perkahwinan (RM405,000)
Deco majlis perkahwinan mereka memang cantik!
6. Videographer dan photographer (RM90,000)
7. Kos pengangkutan (RM35,000)
8. Lain- lain kos (RM3.5 juta)
Tahniah sekali lagi buat pasangan mempelai! Bagi mereka yang kata perkahwinan ini membazir kerana kosnya yang tinggi, di sini saya ingatkan ini semua adalah tajaan. #Selaku penaja, mereka mahukan mileage dari coverage perkahwinan Sam dan Syatilla ini yang semestinya mendapat perhatian ramai. #Jadi jangan kecam mereka ya? Semoga berbahagia hingga ke anak cucu Sam dan Syatilla!#
SUMBER: HANASUVA
Artis
Pelakon Farid Kamil mengakui pernah meminta Diana Danielle supaya tidak mengganggunya selepas pulang dari mahkamah.
Farid berkata dia terbawa-bawa dengan watak yang digalasnya sebagai peguam syarie dalam drama bersiri terbaru berjudul Qanun 99."
“Ini pertama kali saya menggalas watak sebagai peguam. Saya akui ia sedikit mencabar, walaupun peguam merupakan kerjaya idaman saya sewaktu saya kecil.#
“Bukan mudah untuk membawa watak sebagai peguam syarie, banyak perkataan baru yang saya perlu belajar dan penghayatannya juga sedikit berbeza.#
“Tambahan pula kes-kes dalam setiap episod yang dipaparkan di dalam program ini juga agak berat, jadi ia membuatkan otak kita penat.#
“Pernah jugalah satu hari tu, saya balik rumah daripada set dan minta Diana diam dan tidak banyak bertanya kerana tidak mahu diganggu. Diana pun faham,” katanya.#
Mengulas mengenai Qanun 99, Farid memberitahu drama tersebut benar-benar membuka matanya tentang permasalahan rumahtangga di Malaysia.#
“Kesemua bahan kes yang dipaparkan di dalam program ini adalah kes-kes yang benar dan terjadi di dalam mahkamah syariah. Antaranya kes remaja usia 14 tahun yang mahu berkahwin dan satu lagi kes #paling mengejutkan apabila seorang suami menyedari dia sebenarnya telah berkahwin dengan seorang lelaki setelah 4 tahun bersama,”ceritanya.#
Drama bersiri 13 episod yang turut dibintangi pelakon Yana Samsudin ini disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135) setiap Jumaat, jam 7.30 malam.#
Artis
Melalui akhbar Kosmo yang meninjau rumah bapa Zizan. Ab.Razak di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu semalam, tiada tanda yang menunjukan pelawak itu akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
Mungkin juga Zizan membuat persediaan dirumah lain, ramai yang tidak percaya ini rumah utama Zizan yang terkenal sebagai seorang yang berjaya dan memiliki kereta mewah bernilai jutaan ringgit. Mungkin juga zizan seorang yang low profil.#
Bapa kepada pelawak popular, Zizan Razak mengesahkan wanita dikenali sebagai Nur Edora Diyana Hashim yang gambarnya tersebar di portal-portal berita hiburan dan laman sosial baru-baru ini mempunyai hubungan rapat dengan Zizan.#
Ab. Razak Husain, 57, bagaimanapun menafikan Zizan telah melangsungkan perkahwinan atau bertunang dengan wanita tersebut secara senyap-senyap.
Katanya, Zizan, 31, telah membawa Edora bertemu dengannya sebanyak tiga kali sekitar hujung tahun lalu di bandar ini.
Ujarnya lagi, Zizan juga ada memberi bayangan bahawa wanita itu merupakan pilihannya untuk dijadikan calon isteri.#
Dia ada bertanya, abah ini (Edora) okey ke dan saya jawab okey saja.#
“Lagipun sebagai bapa, saya sokong siapa saja pilihan anak saya,” kata Ab. Razak ketika ditemui di rumahnya di Jalan Terkukur di sini semalam.#
Artis
Jackie Chan, 61, telah membeli sebuah jet peribadi keluaran terbaharu syarikat berpangkalan di Brazil, Legacy 500 yang bernilai RM82 juta.
Ia merupakan pembelian pertama keluaran terkini dari Embraer Aerospace oleh pelanggan China.
Namun, pesawat eksklusif yang mampu memuatkan 12 penumpang bukanlah aset pertama dimilikinya. Pada tahun 2012, Chan membeli model Legacy 650 keluaran syarikat sama.
"Saya sangat teruja dapat memiliki jet eksekutif mewah Legacy 500. Sejak beberapa tahun lalu, Legacy 650 kepunyaan saya memberi pengalaman pengembaraan yang menakjubkan dan selesa.
"Pesawat ini membolehkan saya melunaskan undangan dan komitmen lakonan di seluruh dunia dengan lancar. Saya pasti Legacy 500 mampu memenuhi jangkaan serta menjadi kediaman dan pejabat bergerak yang efisien," katanya.
Difahamkan pesawat di bawah model The Embraer 500 mampu terbang jauh hingga 5,800 kilometer yang dikuasakan enjin turbo berprestasi tinggi Honeywell HTF75000E.